Saturday 31 December 2011

SELAMAT TINGGAL 2011, SELAMAT DATANG 2012


ASSALAMUALAIKUM..
hehehe.. usia dunia bertambah lagi. Usia kita pun semakin menghampiri penghujungnya.. Alhamdullilah 2012 telah pun datang. SELAMAT TAHUN BARU. 
Setiap kali tiba tahun baru, orang akan mula cakap pasal azam baru.. apa azam baru aku??? ahaaa.. tak pernah specific pun setiap tahun. Dengan harapan dan niat setiap kali tahun baru tiba ada perubahan yang lebih baik. Aku mengharapkan 2012 aku akan menjadi orang yang lebih bersabar. Lebih bertambah apa yang kurang di hati ini. 

Let's forget everything yang tak elok tahun 2011 yang baru berlalu beberapa minit ni.. Banyak perkara berlaku, suka duka, tangis tawa, macam-macam la. Nak ingat pun macam banyak sangat kan?? heheheh.. 

Bila dah masuk 2012 ni, maksudnya exam pun dah nak hampir la.. ada la baki lagi 2hari. waaaa~ takuttt!!!.. Tak tergambar apa yang dirasa ni. huhuhu. 
yang pasti tak sabar nak menghabiskan semua ni. Sabar diriku..tak lama dah.. 2 minggu je lagi. Then, merdeka la untuk sebulan.

Bila dah masuk 2012, maksudnya aku semakin hampir dengan usia 22. ooowwwhh..apakah yang akan berlaku diusia ini??? can't imagine. Diharapkan aku lebih matang dalam menghadapi apa2 situasi. 
Yang pasti aku mengharapkan 2012 yang tiba ni lebih baik dari sebelumnya. baik dari segi diri, akademik, hati, kawan2, keluarga dan segala hal la yang aku lalui. 

So, jom kita bersedia dengan segala hal. paling dekat bersedia dengan EXAM!!!  usaha, doa, tawakal

SEMOGA BERJAYA!!

Sunday 18 December 2011

HEART=JANTUNG

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak akhir2 ni sana sini orang cakap pasal hati dan perasaan. Penat la dengar. Keliru aku.. adesss
Hati dan perasaan ni sesuatu yang sangat susah nak digambarkan. Kalau orang lain faham apa yang kita rasa belum tentu sama apa yang kita rasa sendiri..

Sana sini orang cakap pasal cinta. "aku suka dia la.." "aku rasa cam dah tersuka dia.." "seriusly aku sangat suka dia, aku nak kawen dengan dia, tapi dia tak berminat dengan aku.." argggghh... apakah ini???

Aku pun alami benda yang sama. Tapi rasanya tak la seteruk seperti yang lain. Maybe sbb aku tak berhubungan secara mesra dengan sapa2 setakat ini. Hanya suka dari jauh. So, mungkin ini membuatkan hati aku terkawal.

Tapi untuk sahabat2 aku yang terseksa memikirkan hal ini, tolongla fikir baik2.. Susah sebenarnya nak cakap coz aku tidak berada di tempat mereka. Tapi, belajarla bertenang, belajarla bersabar, belajarla berfikir dengan sebaik2nya. Insyaallah, kalau dia jodoh kita..segalanya akan dipermudahkan. Berserahlah kepada ALLAH bukannya kepada lelaki2 tersebut..

Susah nak tafsir benda ni. Aku pun bukanlah orang baik2 yang cukup layak untuk cakap mengenai hati, perasaan dan cinta ini. Tapi sebagai seorang sahabat aku hanya mampu menasihati mana yang terbaik bagi aku. Kalau ada salah harap2 diperbetulkan dengan secepat mungkin.

semoga urusan aku dengan hal2 ini akan dipermudahkan oleh ALLAH. Insyaallah...

Wednesday 14 December 2011

Apa yang aku fikir malam ni???

Assalamualaikum.. (baru formal).. heheh

ok, apa yang aku fikir malam ni sampai aku tak mampu nak studi?? hmmmm

1. Saya terfikir akan orang2 sekeliling saya. Saya takut ada yang berkecil hati dengan diri ini. Sebagai insan yang sangat lemah saya akui benda ni. Salah dan silap memang tak dapat lari. saya berharap orang2 sekeliling mampu berkongsi segala cerita dengan diri ini agar saya tahu apa yang mereka fikirkan. Saya risau sekiranya ada yg "kata belakang". *minta simpang..
kalau ada..saya mohon ampun banyak2.

2. Saya terfikir akan tanggungjawab sebagai seorang kawan. Adakah saya seorang sahabat yang tidak memahami orang sekeliling?? Saya lari dari tanggungjawab yang orang lain sama2 pikul.. Am I selfished?? adakah saya sahabat yang baik?? kadang2 saya rasa seperti tidak berguna kepada mereka. seolah2 hadir tanpa sebab, tidak mampu berkongsi duka, tidak mampu menghadirkan suka. Saya mengharapkan mereka yang menganggap saya sebagai seorang teman, sama2lah berkongsi cerita dengan saya terutama orang yang sentiasa dekat dengan diri ini.  hmmmm..

3. Saya terfikir akan keputusan yang saya buat..adakah betul ataupun tidak keputusan itu. Takut keputusan yang dibuat akan menghampakan sahabat yang lain.. perlukah saya berkorban hari2 saya yg telah ditetapkan dengan perkara lain dengan membantu seorang sahabat?? saya terasa sangat buntu.

4. Saya terfikir akan masa2 saya yang semakin suntuk sebelum peperiksaan. Sempat ke nak mengulangkaji segala benda yang belajar semester ni dalam masa 2minggu lebih?? mampukah saya menghadapinya.  :( sedangkan saya masih terasa malas dan diganggu dengan perkara2 luar.. huhuhu

5. Saya terfikir akan kesilapan saya yang lalu yang telah menggugat keadaan hari ni. (*erkkk..menggugat??.haha).. yes, betul!! zaman saya ketika di asrama menghantui saya kembali. Terasa diri dipinggirkan kerana kesilapan dulu. Ingin saya nyatakan disini, saya bukan sombong, ego ataupun takbur, tapi saya rasa takut untuk menghadapinya. Oleh sebab itu saya berdiam diri.. huuuuuuuuu. Semoga saya dapat bertemunya kembali dan menyelesaikan keadaan yg berlarutan beberapa tahun ini. INSYAALLAH.

6. Saya terfikir akan perasaan saya. (*perasaan seorang remaja perempuan..ahaaa??).. hmm, apa yang saya nak.. mana satu pilihan yang tepat?? tersangkut sekarang dengan perasan ataupun perasaan.. secara kebetulan saya seolaha2 tersedar seperti ada orang melihat.. (*ok aku perasan. heheh) waaa~sound complicated!!! dia, dia, dia... saya seringkali curi2 pandang kalau terjumpa. saya sentiasa mohon agar iman dikuatkan dan mampu menangani situasi ini. Seorang sahabat saya sudah seperti lain. semoga perubahan dia adalah perubahan yang sebaiknya. hmmmm.. Semoga tanda tanya yang ini mampu dilupakan buat seketika sehingga saya betul2 bersedia. aminnn..


*Saya rasa inilah yang sedang bermain di fikiran saya buat masa ini. Saya mohon petunjuk dari Illahi dalam menghadapi situasi-situasi ini. Semoga dibekalkan kekuatan Iman yang kuat. Saya yakin segala ketentuan yang telah ditetapkan. Insyaallah saya redha dengan setiap kehendak yang bakal berlaku. Yang terbaik itu datangnya dari ALLAH SWT. yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri..

Saya sedar dengan kelemahan diri ini, mohon ampun banyak-banyak...

semoga perkara2 ini mampu dihadapi dengan tenang. INSYAALLAH..


Sekian dari saya.. *sambung studi =)

Muka baru

ahaaaa... giler lama aku edit page blog ni. tapi rasa cam xsampai lagi kehendak aku. Dengan muka baru ni harap-harap tidak bersarang la blog aku ni.
Argghhh..malas nak studi macam ni la jadi. Edit sana sini sampai kepala jadi pening. Tengok-tengok dah nak dekat pukul 12 tengah malam. hahaha.
Studi satu page ja..buat benda ni berjam2.. hmmmm..telah tersedar pembuangan masa aku malam ni. ADESSS...