Saturday 26 March 2011

my exam!!!!..

EARTH HOUR

Aku sedang menaip dalam keadaan gelap kerana earth hour. Apa itu earth hour?? satu jam bergelap kerana semua lampu ditutup untuk menjimatkan elektrik. tahun ni earth hour jatuh 26 Mac 2011 pukul 8.30pm sampai 9.30 pm. tapi kat luar tu ada jer manusia-manusia yang tak tutup lampu. hmm mungkin mereka tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga bumi.
Kemudian aku ada terbaca 1 status kat FB.. lagi rugi adalah tutup semua bekalan elektrik dalam masa 1jam kerana apabila kita nak buka balik semua tenaga itu akan menggunakan tenaga elektrik yang lagi banyak. apa pendapat korang?? untung ke tak?? aku ada search jugak yang agak ramai di luar sana yang tidak menyokong earth hour. Seperti tahun-tahun berikutnya penjimatan yang dibuat melalui earth hour agak tinggi. mereka yang tidak sokong tu berpendapat ini adalah sesuatu yang rugi. Ramai manusia kan..banyak la ragamnya.

Pocoyo pun join Earth Hour.. hehehe
Sorry to say la..semua benda yang ada kat dunia ni ada baik buruknya. mana ada yang sempurna. So, sama jer semua perkara...
almost 9.30.. need to switch on the lights.. =)

Tuesday 15 March 2011

Di sebalik HMM

bila hati tidak bersatu,
jangan berasa gundah gulana,
jika jodoh kita ketemu,
pasti bersatu jua kita.


Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).. apa cerita disebaliknya? disebabkan aku baru lepas menonton movie tu... tahniah buat KRU studio atas penghasilan movie tersebut. Terbaik la!!! tak sangka baru ku tahu cerita Mahawangsa sebegini. Belajar sejarah sebelum ni, tapi xtahu kisah sebenarnya. Penghasilan KRU sgt menarik.sesuai untuk tontonan umum. motif sangat jelas memberi kita peluang untuk menghayati sejarah dulu. Sebagai anak KEDAH.. bangga beb!! hahahaha..

diselitkan jugak unsur "humour",so..tak ada la rasa borink macamana kita belajar sejarah. terpegun aku tengok aksi dia sampai menitis air mata. heheheh.. mostly 70% guna bahasa Inggeris. yelah sejarah pun melibatkan rantau Asia kan..takkan nak cakap bahasa Melayu 100%. lokasi tempat pulak sangat cantik. effect yang digunakan menarik. tapi, ada gak la nmpak cam effect computer. kalo dah guna CGI kan..mestilah nampak. apa-apa pun banyakkanlah penghasilan sebegini. baik untuk kesihatan. =)

HMM.. best!! aku selit jugak gambar2 yang menarik ni.
ni la merong yang boleh cakap byk bahasa.. 
ni tempat lokasi.
kemawas yang kononnya xlut dgn senjata. akhirnya tewas jugak.

Monday 14 March 2011

Peristiwa aneh seorang Nabi

Abu Laits as-Saarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mashur. Pada suatu hari dia berkata ayahnya menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada juga yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi telah bermimpi diperintahkan Allah yang berbunyi “esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat yang pertamanya adalah apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, yang kedua engkau sembunyikan, yang ketiga engkau terimalah, yang keempat jangan engkau putuskan harapan dan yang kelima larilah engkau daripadanya.”
Pada keesokan harinya nabi itupun keluar dari rumah menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapi ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan kerana yang pertama dihadapi, dia mesti memakannya. Sungguh aneh kerana mustahil baginya melaksanakan perintah tersebut.
Walaubagaimanapun dia terus berjalan menghampiri bukit tersebut. Tiba-tiba dengan kehendak Allah bukit tersebut mengecil sehingga sebesar sebuku roti. Maka nabi itupun mengambilnya lalu dimakan. Bila ditelan rasanya sungguh manis seperti madu. Dia pun mengucapkan syukur Alhamdulillah.
Nabi itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat arahan mimpinya supaya disembunyikan, lalu dia pun menggali sebuah lubang untuk menyembunyikan mangkuk emas tersebut. Walaubagaimanapun mangkuk emas tersebut terkeluar semula. Dia menanam semula dan kemudiannya mangkuk emas terkeluar lagi. Selepas tiga kali menanam nabi itu pun berkata “aku telah melaksanakan perintahMu” dan terus meninggalkan tempat itu tanpa disedari yang mangkuk emas itu terkeluar juga.
Kemudiannya dia ternampak pula seekor burung kecil yang dikejar burung helang. Burung kecil berkata “wahai nabi Allah tolonglah aku”. Mendengar rayuan burung kecil tersebut hatinya merasa simpati dan teringat perintah ketiga iaitu engkau terimalah, maka dia pun mengambil burung itu dan memasukkannya ke dalam baju.
Melihat keadaan itu burung helang pula menghampirinya dan berkata “wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak dari pagi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku untuk mendapat rezeki.”Lalu nabi tersebut teringat perintah keempat iaitu jangan putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya dia mengambil pedang dan memotong sedikit daging pahanya untuk diberikan kepada burung helang.
Setelah kejadian tersebut nabi meneruskan perjalanan sehingga terjumpa satu bangkai yang amat busuk. Dia teringat perintah kelima iaitu melarikan diri daripadanya. Lalu dia pun bergegas melarikan diri dari bangkai tersebut kerana tidak tahan dengan bau busuknya.
Setelah melalui kelima-lima peristiwa tersebut, maka kembalilah nabi ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa kepada Allah supaya menjelaskan erti kesemua peristiwa tersebut.
Melalui mimpi Allah menjelaskan bahawa yang pertama engkau makan itu adalah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar, dapat mengawal dan menahannya maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.
Yang keduanya semua amal kebaikan iaitu budi walaupun disembunyikan maka ia tetap juaga akan nampak.
Yang ketiganya jika sudah menerima amanah daripada seseorang maka janganlah kamu mengkhianati amanah tersebut.
Yang keempatnya jika seseorang meminta kepadamu maka usahakanlah untuknya demi membantu meskipun kamu sendiri berhajat.
Manakala yang kelimanya pula adalah bau busuk itu sebenarnya adalah umpatan (ghibah). Maka sekiranya kamu terjumpa mereka yang sedang berkumpul sambil mengumpat orang lain, larilah dari mereka tersebut.
Kelima-lima perkara ini sebenarnya sentiasa berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari khasnya mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa mengata orang lain itu akan mengurangkan pahala kita.
Sebuah hadis mengatakan di akhirat kelak ada seorang hamba Allah yang akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya “Ya Allah sesungguhnya pahala yang engkau berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka jawab Allah “Itu adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah disedari bahawa mengata orang itu akan merugikan diri sendiri walaupun ianya adalah perkara yang benar.

    Friday 11 March 2011

    TSUNAMI JEPUN.

    dalam kita bergembira di tanah air sendiri... kita tidak sedar, Jepun sebuah negara yang maju itu musnah sekelip mata dengan kuasa ALLAH. nauzubillah.. satu lagi amaran terhadap kita makhluk ALLAH. Sedang negara di timur tengah masih lagi dalam krisis peperangan, Jepun pula ditimba musibah.


    semoga kita semua diperkuatkan Iman mendekatkan diri kepada Nya..mengingati saat2 yang akan tiba itu.





     tengok gambar atas...tu baru sikit.. subhanaallah.

    ---> serius tak tahu ada tsunami.. tengok FB baru tau. semoga rakan2 kita disana selamat dari bahaya.. teringat plak.ada member baru pegi sana. moga selamat yer..sahabatku.. ^^

    Thursday 10 March 2011

    ini kampung ku

    permulaan baru

    saya baru sahaja "create" blog ni.. sebagai peneman dikala borink dengan FB =). i'm trying my best to use this wisely. sebagai tempat untuk mencari ilmu...hehehe.. cari ilmu? gi mana yer? hmm...

    by the way, dalam kesibukan hari ni masih sempat aku siapkan blog ni..walaupun xkemas mana. budak baru belajar kata kan. stress siapkan website memberi aku peluang buat blog gak. hohoho

    dah pukul 3.30am.. xtido lagi. sedangkan esok masih ada keja yg perlu disiapkan..wuaaaaa~..
    RELAX..RELAX...

    enjoy lah myself with this page.. ngeee~