Sunday 16 June 2013

one step closer

Assalamualaikum..

haihaihai..sudah lama tak muncul di blog sendiri.. well, aku tak pandai mengarang sangat, takde idea nak cerita lebih-lebih. heheh

haaa..apa cerita?? one step closer to end title of student.. kih3.. bukan close to end title "bujang" okkk... haha..

sedang menghadapi exam di semester akhir.. hmm, siapa sangka aku dah final year kan. dah macam2 yang diharungi, suka duka, tangis gembira.. banyak makna tu, banyak kenangan tu.. huhu..
dalam time exam-exam ni, pun banyak dugaan dan cabaran lagi. sabar-sabar, i'm almost there.. jangan give up. keep moving. Saya BOLEH!!!
Aku baru tersedar, aku banyak complain lately. Astagfirullahalazim... semoga diberi kekuatan untuk menghadapi ujian2 kecil ni.. :(

ada lagi 3 paper yang perlu ditempuh. semoga semua berjalan dengan baik even aku dah rasa malas2 ni. waaa,buang la jauh-jauh feeling tu.
Alhamdulillah dah berjaya sampaikan ucapan Selamat Hari Bapa kat Ayah. walaupun aku bukan yg pandai heart feeling dengan family, kena cuba jugak sebab they are my family.

aku tak sabar nak habis paper, nak tamatkan pengajian kat sini. beberapa hari lagi. saatnya akan tiba. Biarpun sedih nak meninggalkan segala yang ada depan mata ni, tapi perjalanan harus diteruskan sebab ni lah lumrah kehidupan.

ok, aku nak sambung study.. banyak lagi ni tak cover. hopefully semua berjalan dengan baik. Aaminn..

sayonara ~

Monday 17 September 2012

this is my final year

ASSALAMUALAIKUM..

hello my final year.. dah seminggu aku face life sbg final year student. seriusly sangat mencabar. first week masuk lecture pun dah rasa macam sebulan. That's the truth.. sangat penat. Even kelas tak banyak, tapi sekali kelas perrhhh... otak full. huhuhu..
Ditambah sekarang dengan berlambak-lambak case study yg perlu diselesaikan. kerja dalam kumpulan senang..but a lot of discussion. Sekarang la masa untuk refresh everything yang dah belajar 3 tahun disini. Slow-slow yer diri.. InsyaAllah..sikit demi sikit boleh la. Sumenya perlukan masa.

20 Okt 2012 I am going to USM Kubang Kerian for my clerkship. huhuhu.. for the first time dapat tahu kena pergi sem 1, berat giler hati. tapi after 1 day I can accept it. Best jugak nak belajar kat tempat orang ni setelah bertahun2 asyik kat sini jer. Tapi yang membuatkan aku risau adalah menghadapi persekitaran baru. and I am sure the stress is different between Pulau Pinang and Kelantan. Tapi terpaksa menghadapinya. Sudah memang takdir aku kat sana.. Even though terpaksa berpisah dengan teman2 rapat disini.. but I'm still have friends at there.. :)
Aku kena kuat walau apa yg jadi.. Jangan tunjuk yg kita ni lemah. Be positive my dearself!..


Wednesday 30 May 2012

aku dan examination

Assalamualaikum...

Tiba-tiba terpikir nak post kat sini sebab akaun FB dah deactivate buat sementara.
So apa yang aku nak cerita??
seriusly hormone tak stabil because exam is around the corner. Aku tak tahu la apa yang aku buat sekarang. Yes I am studying.. till the end, Never give up my dear self.. =)

Dalam keadaan macam ni kadang2 perlukan orang untuk tenangkan hati. Yang pasti semua orang dalam keadaan yang sama..semua alami apa yang aku alami. Tapi tak tahu sejauh mana mereka hadapi.
Saya mencari dia.. seorang Kawan yang tak pernah putus membantu aku walau dari jauh. Kadang2 aku takut dia fikir dia kawan di waktu aku susah sahaja. Tapi tak dapat dinafikan dia lah yang aku yakin dapat memberi semangat walaupun kadang2 dia tak faham apa yang aku rasa.

Segala jawapan yang dia beri sentiasa bagi positive feedback kat aku. kadang2 dia datang tanya what my problem.. kadang2 aku yang cari dia ngadu segala apa yang aku rasa. Dia sangat bersabar dengan setiap karenah aku. Aku tak pernah jumpa "kawan" yang macamni. Takut la jugak dia tak dapat rasa setiap penghargaan aku untuk dia. Kadang2 bila kita gembia kita akan terlupa mereka yang sentiasa membantu. Semoga aku dijauhkan dr sifat itu Ya Allah..

Dan aku hanya harap dia akan kekal kawan sampai bila2. orang akan kata suasah nak jumpa lelaki perempuan jadi kawan baik. Tapi for my case, entah.. tak dak la baik sangat. Saling contact bila perlu saja. Semoga tidak ada apa2 yang berlaku. InsyaALLAH..

my examination.. feeling really tough.. no doubt!. Tapi kena cuba cuba. kawan aku kata dah 5 sem kita tempuh, InsyaALLAH yang ni pasti boleh. ameeeennn..

semoga usaha dan doa saya diiringi keberkatan dan kejayaan oleh Mu. =)




dari saya.. minemine.

Tuesday 8 May 2012

gambar-gambar yang menarik.

Bronze medal for double badminton-NPSC IIUM 2012. =)
Awan ni aku tangkap on the way nak pergi PENAGA. cantik kan? 

ni kat USM
kat kampung halaman

Setelah menyepi..

ASSALAMUALAIKUM..

wahh..gila bersarang blog aku ni. Sudah lama tak tulis apa2. huhuhu. Ke mana aku pergi?? Seriusly, aku sangat busy.. errkk?? busy ke? hehehe.. Ye kot. Malas nak update anything kat sini. Bukan tak da perkara berlaku. tapi sangat banyak perkara telah berlaku sejak2 akhir ni..dan juga 4 5 bulan yang lalu. hmmm

So, apa khabar hati aku? hmmm.. no answer.
apa aku kongsi kat sini?? hmm..banyak sangat nak kongsi seolah2 seperti aku dah lama tak jumpa kawan baik. hahaha..

Lately, memang banyak benda kena settle. Exam akan datang dalam sebulan lagi. Tapi lecture banyak tak habis. huhuhu.. Takut!!. Assingment pun menimbun. Satu persatu kena siapkan. Kuiz pun semakin banyak dan hampir. Disamping tu sedang beersedia dengan viva dan job interview this week. hmm.. apa lagi?? cepat pikir..

Dalam masa yang sama masih lagi menjalankan tanggungjawab yang sedang dipikul. Sekarang preparation untuk pergi SaBah for Baktisiswa. Sebagai HOD dan antara orang yang mencari sponsor..banyak la keje. Tapi semakin hari semakin kurang. Cuma menunggu kata putus daripada beberapa pihak yang terlibat. Lumrah keja.

Selain itu, ada tanggungjawab yang diberikan oleh kawan2 aku.. beberapa bulan yang lalu, diorang choose aku sebagai penolong ketua pelajar Muslim. So, sedang ,membantu si Dia menjalankan kerja. Tapi tak de la banyak keje. Sume dia buat. Aku macam tunggul kayu yang menunggu arahan2 dari orang atas. Kadang2 tak rasa diri membantu. hmmm.. Tak best! my stail..kalo diberi tanggungjawab, aku nak laksanakan. Tak boleh hanya setakat tunggu arahan. Tak boleh duk diam. Nak cakap lebih2 kang terover limit aku pulak. tapi aku ada la hak untuk meyuarakan sesuatu keadaan. tapi dia tu....hmm. Tak tau nak kata. Aishhh~ susah jugak yer..

kalau ikutkan plan kami, next sem akan ada program interaksi untuk pelajar2 melayu. Seringkali aku inginkan sesuatu yang lain dari yang lain. So, please approach me. not Just sharing the info but work with me too. huhuhu.. I'm standing here to help u not just listening to your decision and just say "ok, fine!!"

Masalah sekeliling pun tak kurang hebatnya. Pressure dari orang sekeliling pun kadang2 mengganggu. Cuma nak kata.. "How to neutralized the acidic condition?.." bila kita jadi orang tengah yang tersepit diantara 2 keadaan cmnilah. tak ketahuan. tak tau nak luahkan kat sapa dan macamna. banyak hati kena jaga. huhuhu..
But be STRONG!!. INSYAALLAH.. everything will become smooth..

Apa lagi nak di contengkan disini?? hmm

owh..lupa. My sis will getting engage this end of May. waaa~ excited. Dah lama tau aku tunggu saat2 ni. Alhamdullilah semoga jodoh dia kekal hingga jinjang pelamin dan juga akhir hayat. Aku pun dah lama tak balik umah. Yelah banyak benda kena buat. meeting sana sini. Tak tahu la apa perkembangan kat kampung tu. Apa perkembangan kat rumah..macamana persiapa mak ayah, kak ngah untuk majlis ni. Hajat dihati nak buat hantaran. hahaha. Tapi mesti dah ada orang tempah kan.. hmmm. teringin gak la nak menyumbang sesuatu untuk kakak2 aku ni. hahahaha..

the second one is one step closer..boleh la aku mengorak langkah selepas ni. hhahaha.. *gatai ang!!..
yelah dah 22 kan. hehe. hmmm, hopefully apa yang dihajati tu tercapai la. waiting for him but hoping for HIM. InsyaALLAH hati takkan kecewa. hehehe.. Just wait and see. (:

ok..asalnya tengah study..tapi pikiran melayang sebentar. Its normal. haha..
Itu saja dari aku.. kalau rajin, aku update lagi.
END for today..

Saturday 31 December 2011

SELAMAT TINGGAL 2011, SELAMAT DATANG 2012


ASSALAMUALAIKUM..
hehehe.. usia dunia bertambah lagi. Usia kita pun semakin menghampiri penghujungnya.. Alhamdullilah 2012 telah pun datang. SELAMAT TAHUN BARU. 
Setiap kali tiba tahun baru, orang akan mula cakap pasal azam baru.. apa azam baru aku??? ahaaa.. tak pernah specific pun setiap tahun. Dengan harapan dan niat setiap kali tahun baru tiba ada perubahan yang lebih baik. Aku mengharapkan 2012 aku akan menjadi orang yang lebih bersabar. Lebih bertambah apa yang kurang di hati ini. 

Let's forget everything yang tak elok tahun 2011 yang baru berlalu beberapa minit ni.. Banyak perkara berlaku, suka duka, tangis tawa, macam-macam la. Nak ingat pun macam banyak sangat kan?? heheheh.. 

Bila dah masuk 2012 ni, maksudnya exam pun dah nak hampir la.. ada la baki lagi 2hari. waaaa~ takuttt!!!.. Tak tergambar apa yang dirasa ni. huhuhu. 
yang pasti tak sabar nak menghabiskan semua ni. Sabar diriku..tak lama dah.. 2 minggu je lagi. Then, merdeka la untuk sebulan.

Bila dah masuk 2012, maksudnya aku semakin hampir dengan usia 22. ooowwwhh..apakah yang akan berlaku diusia ini??? can't imagine. Diharapkan aku lebih matang dalam menghadapi apa2 situasi. 
Yang pasti aku mengharapkan 2012 yang tiba ni lebih baik dari sebelumnya. baik dari segi diri, akademik, hati, kawan2, keluarga dan segala hal la yang aku lalui. 

So, jom kita bersedia dengan segala hal. paling dekat bersedia dengan EXAM!!!  usaha, doa, tawakal

SEMOGA BERJAYA!!

Sunday 18 December 2011

HEART=JANTUNG

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak akhir2 ni sana sini orang cakap pasal hati dan perasaan. Penat la dengar. Keliru aku.. adesss
Hati dan perasaan ni sesuatu yang sangat susah nak digambarkan. Kalau orang lain faham apa yang kita rasa belum tentu sama apa yang kita rasa sendiri..

Sana sini orang cakap pasal cinta. "aku suka dia la.." "aku rasa cam dah tersuka dia.." "seriusly aku sangat suka dia, aku nak kawen dengan dia, tapi dia tak berminat dengan aku.." argggghh... apakah ini???

Aku pun alami benda yang sama. Tapi rasanya tak la seteruk seperti yang lain. Maybe sbb aku tak berhubungan secara mesra dengan sapa2 setakat ini. Hanya suka dari jauh. So, mungkin ini membuatkan hati aku terkawal.

Tapi untuk sahabat2 aku yang terseksa memikirkan hal ini, tolongla fikir baik2.. Susah sebenarnya nak cakap coz aku tidak berada di tempat mereka. Tapi, belajarla bertenang, belajarla bersabar, belajarla berfikir dengan sebaik2nya. Insyaallah, kalau dia jodoh kita..segalanya akan dipermudahkan. Berserahlah kepada ALLAH bukannya kepada lelaki2 tersebut..

Susah nak tafsir benda ni. Aku pun bukanlah orang baik2 yang cukup layak untuk cakap mengenai hati, perasaan dan cinta ini. Tapi sebagai seorang sahabat aku hanya mampu menasihati mana yang terbaik bagi aku. Kalau ada salah harap2 diperbetulkan dengan secepat mungkin.

semoga urusan aku dengan hal2 ini akan dipermudahkan oleh ALLAH. Insyaallah...