Saturday 31 December 2011

SELAMAT TINGGAL 2011, SELAMAT DATANG 2012


ASSALAMUALAIKUM..
hehehe.. usia dunia bertambah lagi. Usia kita pun semakin menghampiri penghujungnya.. Alhamdullilah 2012 telah pun datang. SELAMAT TAHUN BARU. 
Setiap kali tiba tahun baru, orang akan mula cakap pasal azam baru.. apa azam baru aku??? ahaaa.. tak pernah specific pun setiap tahun. Dengan harapan dan niat setiap kali tahun baru tiba ada perubahan yang lebih baik. Aku mengharapkan 2012 aku akan menjadi orang yang lebih bersabar. Lebih bertambah apa yang kurang di hati ini. 

Let's forget everything yang tak elok tahun 2011 yang baru berlalu beberapa minit ni.. Banyak perkara berlaku, suka duka, tangis tawa, macam-macam la. Nak ingat pun macam banyak sangat kan?? heheheh.. 

Bila dah masuk 2012 ni, maksudnya exam pun dah nak hampir la.. ada la baki lagi 2hari. waaaa~ takuttt!!!.. Tak tergambar apa yang dirasa ni. huhuhu. 
yang pasti tak sabar nak menghabiskan semua ni. Sabar diriku..tak lama dah.. 2 minggu je lagi. Then, merdeka la untuk sebulan.

Bila dah masuk 2012, maksudnya aku semakin hampir dengan usia 22. ooowwwhh..apakah yang akan berlaku diusia ini??? can't imagine. Diharapkan aku lebih matang dalam menghadapi apa2 situasi. 
Yang pasti aku mengharapkan 2012 yang tiba ni lebih baik dari sebelumnya. baik dari segi diri, akademik, hati, kawan2, keluarga dan segala hal la yang aku lalui. 

So, jom kita bersedia dengan segala hal. paling dekat bersedia dengan EXAM!!!  usaha, doa, tawakal

SEMOGA BERJAYA!!

Sunday 18 December 2011

HEART=JANTUNG

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak akhir2 ni sana sini orang cakap pasal hati dan perasaan. Penat la dengar. Keliru aku.. adesss
Hati dan perasaan ni sesuatu yang sangat susah nak digambarkan. Kalau orang lain faham apa yang kita rasa belum tentu sama apa yang kita rasa sendiri..

Sana sini orang cakap pasal cinta. "aku suka dia la.." "aku rasa cam dah tersuka dia.." "seriusly aku sangat suka dia, aku nak kawen dengan dia, tapi dia tak berminat dengan aku.." argggghh... apakah ini???

Aku pun alami benda yang sama. Tapi rasanya tak la seteruk seperti yang lain. Maybe sbb aku tak berhubungan secara mesra dengan sapa2 setakat ini. Hanya suka dari jauh. So, mungkin ini membuatkan hati aku terkawal.

Tapi untuk sahabat2 aku yang terseksa memikirkan hal ini, tolongla fikir baik2.. Susah sebenarnya nak cakap coz aku tidak berada di tempat mereka. Tapi, belajarla bertenang, belajarla bersabar, belajarla berfikir dengan sebaik2nya. Insyaallah, kalau dia jodoh kita..segalanya akan dipermudahkan. Berserahlah kepada ALLAH bukannya kepada lelaki2 tersebut..

Susah nak tafsir benda ni. Aku pun bukanlah orang baik2 yang cukup layak untuk cakap mengenai hati, perasaan dan cinta ini. Tapi sebagai seorang sahabat aku hanya mampu menasihati mana yang terbaik bagi aku. Kalau ada salah harap2 diperbetulkan dengan secepat mungkin.

semoga urusan aku dengan hal2 ini akan dipermudahkan oleh ALLAH. Insyaallah...

Wednesday 14 December 2011

Apa yang aku fikir malam ni???

Assalamualaikum.. (baru formal).. heheh

ok, apa yang aku fikir malam ni sampai aku tak mampu nak studi?? hmmmm

1. Saya terfikir akan orang2 sekeliling saya. Saya takut ada yang berkecil hati dengan diri ini. Sebagai insan yang sangat lemah saya akui benda ni. Salah dan silap memang tak dapat lari. saya berharap orang2 sekeliling mampu berkongsi segala cerita dengan diri ini agar saya tahu apa yang mereka fikirkan. Saya risau sekiranya ada yg "kata belakang". *minta simpang..
kalau ada..saya mohon ampun banyak2.

2. Saya terfikir akan tanggungjawab sebagai seorang kawan. Adakah saya seorang sahabat yang tidak memahami orang sekeliling?? Saya lari dari tanggungjawab yang orang lain sama2 pikul.. Am I selfished?? adakah saya sahabat yang baik?? kadang2 saya rasa seperti tidak berguna kepada mereka. seolah2 hadir tanpa sebab, tidak mampu berkongsi duka, tidak mampu menghadirkan suka. Saya mengharapkan mereka yang menganggap saya sebagai seorang teman, sama2lah berkongsi cerita dengan saya terutama orang yang sentiasa dekat dengan diri ini.  hmmmm..

3. Saya terfikir akan keputusan yang saya buat..adakah betul ataupun tidak keputusan itu. Takut keputusan yang dibuat akan menghampakan sahabat yang lain.. perlukah saya berkorban hari2 saya yg telah ditetapkan dengan perkara lain dengan membantu seorang sahabat?? saya terasa sangat buntu.

4. Saya terfikir akan masa2 saya yang semakin suntuk sebelum peperiksaan. Sempat ke nak mengulangkaji segala benda yang belajar semester ni dalam masa 2minggu lebih?? mampukah saya menghadapinya.  :( sedangkan saya masih terasa malas dan diganggu dengan perkara2 luar.. huhuhu

5. Saya terfikir akan kesilapan saya yang lalu yang telah menggugat keadaan hari ni. (*erkkk..menggugat??.haha).. yes, betul!! zaman saya ketika di asrama menghantui saya kembali. Terasa diri dipinggirkan kerana kesilapan dulu. Ingin saya nyatakan disini, saya bukan sombong, ego ataupun takbur, tapi saya rasa takut untuk menghadapinya. Oleh sebab itu saya berdiam diri.. huuuuuuuuu. Semoga saya dapat bertemunya kembali dan menyelesaikan keadaan yg berlarutan beberapa tahun ini. INSYAALLAH.

6. Saya terfikir akan perasaan saya. (*perasaan seorang remaja perempuan..ahaaa??).. hmm, apa yang saya nak.. mana satu pilihan yang tepat?? tersangkut sekarang dengan perasan ataupun perasaan.. secara kebetulan saya seolaha2 tersedar seperti ada orang melihat.. (*ok aku perasan. heheh) waaa~sound complicated!!! dia, dia, dia... saya seringkali curi2 pandang kalau terjumpa. saya sentiasa mohon agar iman dikuatkan dan mampu menangani situasi ini. Seorang sahabat saya sudah seperti lain. semoga perubahan dia adalah perubahan yang sebaiknya. hmmmm.. Semoga tanda tanya yang ini mampu dilupakan buat seketika sehingga saya betul2 bersedia. aminnn..


*Saya rasa inilah yang sedang bermain di fikiran saya buat masa ini. Saya mohon petunjuk dari Illahi dalam menghadapi situasi-situasi ini. Semoga dibekalkan kekuatan Iman yang kuat. Saya yakin segala ketentuan yang telah ditetapkan. Insyaallah saya redha dengan setiap kehendak yang bakal berlaku. Yang terbaik itu datangnya dari ALLAH SWT. yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri..

Saya sedar dengan kelemahan diri ini, mohon ampun banyak-banyak...

semoga perkara2 ini mampu dihadapi dengan tenang. INSYAALLAH..


Sekian dari saya.. *sambung studi =)

Muka baru

ahaaaa... giler lama aku edit page blog ni. tapi rasa cam xsampai lagi kehendak aku. Dengan muka baru ni harap-harap tidak bersarang la blog aku ni.
Argghhh..malas nak studi macam ni la jadi. Edit sana sini sampai kepala jadi pening. Tengok-tengok dah nak dekat pukul 12 tengah malam. hahaha.
Studi satu page ja..buat benda ni berjam2.. hmmmm..telah tersedar pembuangan masa aku malam ni. ADESSS...

Wednesday 5 October 2011

my mini phone =)

Maju seketika.. hoho
aku dah beli telefon baru.. dah hampir dua minggu guna "touch screen".. hehehe. rasa macam lain giler.. yelah kab.. before ni mana penah pakai phone canggih2 ni.. sakang dah guna smart fon.. wolaaaa.. hahah

meh sini aku tunjukkan sikit my experia mini..

this is mine.. experia mini. aku beli dgn harga RM740. disebabkan ni antara latest fon sony..so, cover housing xdak lagi.. kena la jaga betul2.. huhuhu






hopefully, This want dapat la bertahan lama sampai aku keja. Insyaallah

Thursday 22 September 2011

what should I do?

Dah lama aku tak update blog.. Dah bersarang rupanya.. ish3.. So, what should I do???
ahhh... dah 2 minggu aku pulang ke USM. Kadang2 rasa borink, kadang2 rasa letih.
Perkara yang jelik semenjak pulang ke sini adalah aku tak boleh tidur awal. Owh damn it!.
Letih tu ada, Mengantuk ada.. tapi entah kenapa mata ni terlalu sukar untuk pejam pada waktu malam.
Apalah yang aku fikir malam2 sampai jadi macam ni. tak best!
Penat la berguling atas katil lama2.. hmmm

What should Ido?? I'm alone now.. rasa sunyi bilik ni..rasa nak balik rumah. Tapi terikat dengan tanggungjawab disini. Terpaksa la settle kan everything kat sini dulu.

What should I do?? my phone.. huhuhu. Selalu saja merajuk. ish, tak sabar nak tukar ni. Bila la nk ganti yg baru. What kind of phone yg aku minat.. hmmm.. what arr???

Kelmarin.. aku telah diuji dengan seorang doktor yang konon2nya seorang cikgu. aaahh, sabar je lah! Nasib baik kebanyakan ubat yang dia tanya aku boleh jawab. Zyrtec saja yang buat aku kantoi..tapi dia pun tak tahu. never mind. At least I know now.. hehehehe..

Ok, I'm kindly to help them just now. But don't know how.. aku bagitau kat kawan2 yg dekat tapi tak dak encouragement.. sedihkan?? Bukan nak tunjuk pandai..at least aku dah penah buat sebelum ni. banyak kali dah.. So, ada pengalaman untuk membantu. Tapi diorg cam tak caya jer. aiiiyaaa~.
yelah..bakat yang ada kalau tak ditonjolkan tak dak siapa tahu.. kan..kan..??
 kesian kat lecturer kena buat sorang2 dan berjam2 pulak.. Yelah, kat luar boleh la ang tunjuk yanyan oii..kat sini jangan harap la.. people don't know about that. Siapa lah aku.. bukannya budak pandai pun. Kalaula mereka2 tu ada mesti sama2 membantu..
Thanks to them who help me a lot.. =)

What should I do?? What should I tell more??.. hmm... I think that's it for myself.

terima kasih la sapa2 yang rajin baca walaupun aku rasa xdak org baca.. hahaha.. :)

Thursday 28 July 2011

Princess Hour


Ok.. aku dah minat korean drama.. hahah.. only this drama.. PRINCESS HOUR..
setiap hari tepat pukul 12 tengahari, memang aku akan buka ntv7. heeee

Entah kenapa cam syok jer tengok citer ni. Serius best dan lawak. suka ar tengok Shin dengan Chae Kyung, sangat comel. masing2 simpan perasaan tapi pura2 macam tiada perasaan..
Skang aku nak paparkan beberapa gambar yang cun..
pelakon utama. hyo rin, putera yul, chae kyung, putera shin.

comel..

aksi-aksi menarik
pasangan yang cute.. romantik ^^

SEKIAN SAJA.. ada lagi.. aku add.. =)

Saturday 9 July 2011

sekadar renungan

1. " Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,kerana dia juga,seorang manusia; dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa,dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu melihat,dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang Kita sangka".

2.Hati & Perasaan:"mungkin Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul,supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut"

3. Seseorang yang terlalu mudah mendapatkan cinta akan sukar untuk menemui cinta sejati. Remember that!!




Tuesday 5 July 2011

aku yang keliru

a lot of things to write on this blog. But do not know how to start it.

hmmm, disini saya ingin membuat pengakuan saya terperangkap sekali lagi dalam permainan hidup ni.
owh damn..!!!
I'm just go with the flow right now. Kalo aku buat something luar biasa aku akan terjerat pulak. so, just relax.
Ya Tuhanku.. berilah aku petunjuk dalam kehidupan ini. Moga aku tidak tersilap dalam membuat keputusan. Pada mulanya aku memang keliru dengan apa yang aku rasa.
so, hopefully la this feeling will dissappear soon. ^^

Friday 10 June 2011

my future forwards

ok..i'm just finishing my attachment today.

Banyak benda yang aku belajar dari sana. Nama ubat, kaunselling, cara nak serve customer. banyak pengalaman la dapat. Ada jumpa customer yang mengada2 la, drug addicted la.. Mmg pelik. hehe
Tapi, best. Tak semua akan dapat macam ni. After discusssion dengan Pharmacist kat situ, he said "kamu tiada kriteria untuk jadi komuniti farmasi".. hehe.. Agak dah.. aku bukan jenis nak buka bussiness ni. Dia kata aku lebih sesuai belajar ke arah akademik.
Hmm.. kadang orang tengok luar aku macam hebat, pandai.. tapi, aku sederhana jer. So, i need to learn more for my future. Maybe, in the next future aku mampu buat somethings yang orang tengok aku tak mampu.. kan..kan??

My result plak.. Banyak peningkatan. Tak pernah terfikir akan dapat macam ni. Biarpun ramai yang lepas 3, belum lagi masa aku. Bila cek result for the second time, memang berubah. PNGK pun dah naik.. Insyaallah, akan aku usahakan lagi sampai impian aku tercapai.

From now, I need to think for my future. Apa bidang yang aku nak.. aku tak nak setakat belajar tapi tiada hala tuju. INSYAALAH semoga diberi petunjuk dan hidayah untuk memilih yang terbaik dalam hidup.. AMINN..

Saturday 4 June 2011

secret things in this life

Dalam hidup kita, semua ada rahsia masing-nasing ataupun perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai. Sama la macam aku. Tapi, sukar untuk dikongsi. Sebenarnya aku suka mendengar masalah orang lain. Mendengar kisah hidup mereka supaya dijadikan panduan dalam hidup aku. Tapi aku tak mampu nak berkongsi kisah hidup aku dengan orang lain kerana sukar untuk difahami oleh orang luar. Sebab tu aku kata " i'm bit complicated".. hehehe..

Sekarang aku rasa aku menyimpan banyak rahsia kawan-kawan. Semua ni satu amanah untuk aku simpan, kerana kepercayaan mereka terhadap aku. Gembira apabila dapat berkongsi kerana itu menunjukkan mereka percaya sama aku. Insyaallah..
Tidak pernah terlintas semalam aku mendengar lagi kisah salah seorang sahabat aku. Satu persatu dia ceritakan tentang pengalaman hidupnya. Sedih la juga segala apa yang dihajati tidak tercapai. Mungkin ada hikmahnya ALLAH memberi dia peluang melalui detik itu. Sesungguhnya DIA mengetahui setiap perjalanan hidup manusia.

Sama juga seperti aku melalui perjalanan hidup ini. Kadang2 kita ingat apa yang kita lalui terlalui perit, tetapi kita tidak sedar ada lagi yang melalui dengan lebih teruk.
Apa yang diceritakan dan dinasihatkan oleh salah seorang sahabat aku benar-benar ada maksudnya. kadang-kadang aku pelik bagaimana orang lain boleh salah anggap dengan tindakan aku. Aku layan orang sekeliling aku sama sahaja tiada beza, namun ada jugak yang "berperasan" lebih. hahahhaahah
hakikatnya, niat hati aku telah diketahui. Aku tak mampu nak berahsia dengan dia. Memang kantoi la aku ni.. huhuhu

Selama ni aku bersahabat dengan dia sama seperti yang lain. Namun disebabkan perasan dia tu aku terpaksa mengundur diri. so, seolah2 menghalang persahabatan kami berdua. Susah aku nak "share" benda ni dengan orang lain. Sekarang adalah masa untuk aku lupakan segala yang telah dipendam selama 3 tahun. Aku sedar kedudukan aku. Selamat tinggal la kawanku. Bila aku mesej ingat aku suka dia... EEIIII.. geram pun ada gak. So, lepas ni, no time la aku nak sms kamu. Akan ku "delete" everything yang ada dalam kepala ni. huhhh.. serius tak tau nak kata. Yang pasti aku akan cuba lupakan semua ni. Mungkin ada hikmahnya disebalik yang berlaku.. 

Akan aku ingat pelangi tetap akan muncul selepas datangnya hujan.. Sekarang adalah masa untuk hujan turun. So, bersabarlah untuk menanti kehadiran sebuah pelangi dalam hidup ini. =)
INSYAALLAH..

Sunday 8 May 2011

lafaz yang tersimpan

First of all... I wrote this based on my experiences..huhu

apa lafaz yang tersimpan??? sangat banyak.. 
aku suka mememdam segala perasaan sehingga segala lafaz yang perlu diluahkan aku simpan.. simpan buat selama-lamanya..sampai tiada sesiapa yang tahu.

Teruknya aku ni.. entah la kenapa jadi macam ni. susah nya aku  nak cakap sesuatu perkara yang org lain boleh sebut dengan senangnya. Orang tengok luar macam aku ok jer..tapi, dalam hati banyak yang tebuku. tak tahu cara nak luahkan. adoyai~~

Hidup hanya sekali..tetapi aku tak mampu nak hargai dengan sebaik mungkin. Apakah perasaan malu menyelubungi diri sampai tak termampu meluahkan isi hati.Tapi, aku ni bukanlah pemalu sangat sampai tak tercakap sepatah pun.. wuaaa

Yeahh..now I admit.. aku sangat pelik. That simple things pun tak leh nak buat. Apa nak jadi la aku ni. huhuhu  hmmmm, sampai bila akan berakhir?? sampai bila aku akan berani meluahkan dan melafazkan kata-kata yang sepatutnya aku lafazkan?? Masyaallah... 
aku pohon pintu hati ini dibukakan..agar senang aku nk laksanakan semua perkara ini.

People at the outside there can judge everythings about me. What kind of "kata-kata"??? u can say everything towards me because that's me.. a person don't know how to appreciate the chances given.. 

sedihkan kan jadi cam aku?? hahahahaha.. 

that's all from me.. 

p/s: buat mereka di luar sana..jangan jadi macam aku.. =)





Wednesday 4 May 2011

Apakah aku bisa mempertahankan ikatan persahabatan itu,
aku akan simpan semua ini buat selama-lamanya demi sebuah persahabatan... 
atau
adakah persahabatan ini akan terhenti sekiranya perkara itu terjadi.. owhhh...tidak!!!!
atau
adakah persahabatn itu akan bertukar menjadi ikatan lain.. 
errrrrrkkk???.. ok, aku berangan..
just forget it!!!!
hahahahhaahahahahahah... 
kan best jadi cam patrick ngn spongebob.. =)










Saturday 16 April 2011

countdown...

Assalamualaikum 
.. hari ni sudah 16/4.. bermakna lagi 3 hari lagi tinggal. Sekarang pun dah hampir pukul 8mlm..means 2 hari je lagi sebelum detik itu.

"Ya Allah aku pohon padaMu..permudahkanlah urusan aku. Lancarkanlah semua peperiksaan aku. Terangkanlah hati aku.. Semoga yang kejayaan dan keberkatan mengiringi diri ku." amin..

Setiap kali nak exam mula rasa tak tentu hala. Buka ni tak kena..yang tu tak kena.. Aisshhh.. bertenang.. tak perlu panik. Tapi aku kalau bertenang macam orang tiada perasaan langsung. heeeeeeee.. itu yang aku takut. harap kali ini dapat lalui semua ini dengan baik..
INSYAALLAH..

semalam hati berbunga-bunga.. (hmm... tak mau ingat dah..~ exam..exam..)

~~pEaCe..... :)

Tuesday 12 April 2011

masanya hampir tiba (bila aku bosan dengan notes..)

I'm still having less than 1 weeks..  owh, can't belive it!!! the time is so fast..

tak sangka sebelum ni rasa lambat lagi... sekarang udah tidak lambat dong!!! sikit lagi.. pulun aku pulun. =)
CAbaran kali ini sangat banyak. Setiap malam aku dengar "Cina" tu berkaroke, berpesta dengan speaker nya yang kuat.. siang pula dihiasi bunyi tembakan di padang sasar Bukit Gambir.Then, masalah nak tidur kadang-kadang berlaku. Sampai takut nak tidur malam sebab apa?? sebab takut tak leh tidur..hehehe
Segalanya lah nak datang waktu sekarang.

Kadang-kadang semangat hilang, sangat bosan, tension..tapi, hanya mampu diam. Semua orang mengalami benda yang sama..yang bezanya cara kita hadapi dan tangani. Aku cuba bersabar dengan dugaan ni. Mungkin ada hikmahnya. Apabila stress tu datang aku cuba hadapi dengan tenang.. Reading Al-Quran is the best thing to help this.. I'm reaaly admit..
Satu lagi..kalau aku nak tangani tension ni, aku suka menikmati indahnya alam ni. sangat cantik walaupun orang lain kata biasa sahaja. Diorang ni...tengok macam mana??? huhu... nikmati sorang2 je lah. hmmmm

Benda yang yang aku selalu buat semetinya dengar lagu..sampai dah bleh hafal la semua lagu kat radio tu.. Duk ulang jer.. kadang2 bosan gak.. tapi, memang kena dengar la..bunyi pesta tu kuat sangat.. huhuhuhu

sekarang stop sebentar dari study dari pukul 8.30 malam tadi.. 2jam lebih gak la..
So, now i need to move on on next topic.. stop for a while..

Daaaaa.... (bila aku bosan dengan notes....)

Sunday 10 April 2011

Perpisahan Ini: Aizat ft 1st Edition ^^

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

p/s: sangat suka akan lagu ni.. =)

Saturday 9 April 2011

my hectic day!!!

what so hectics?? owh.. study week... setiap hari, bangun tido study, nak tido study.. sepanjang masa study. 1 week from now there will be my exam. sangat tak sabar nak merdeka. cuti 4 bulan. hehehe.

study memang lah study. yang memberi cabaran kali ini ialah tiap-tiap malam aku akan dengar konsert kat sini. Entah apa yang dikonsertkan pun tak tahu. dah la lagu Cina.. adoi~sepatah apa tak faham. dari Maghrib sampai la pukul 12 tengah malam. cuba bayangkan dugaan belajar waktu-waktu sebegini. saat-saat ini memang wajib la pakai ear phone pasang volume kuat-kuat.. eeeiiii...memang menguji kesabaran kami semua kat sini, bukan setakat aku jer.

Malam pertama konsert ingatkan ada event apa-apa. Sekarang tiap-tiap malam duk berpesta kat Bukit Gambir tu haa.. tempat tu agak jauh dari Usm ni, Tapi volume speaker dia masyaallah sangat-sangat kuat. memang kesian la budak-bidak Usm kali ni.
mereka-mereka tak tahu ke aktiviti setiap hari mereka sebenarnya telah menganggu penduduk di sekitar sini. aaiiissshhhh.. SABAR je lah... huhu..

so, what should I do?? diam jer lah. buat bodo... buat-buat tak dengar.. really hope this "stupid konser"t will stop immediately!!!!

Saturday 26 March 2011

my exam!!!!..

EARTH HOUR

Aku sedang menaip dalam keadaan gelap kerana earth hour. Apa itu earth hour?? satu jam bergelap kerana semua lampu ditutup untuk menjimatkan elektrik. tahun ni earth hour jatuh 26 Mac 2011 pukul 8.30pm sampai 9.30 pm. tapi kat luar tu ada jer manusia-manusia yang tak tutup lampu. hmm mungkin mereka tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga bumi.
Kemudian aku ada terbaca 1 status kat FB.. lagi rugi adalah tutup semua bekalan elektrik dalam masa 1jam kerana apabila kita nak buka balik semua tenaga itu akan menggunakan tenaga elektrik yang lagi banyak. apa pendapat korang?? untung ke tak?? aku ada search jugak yang agak ramai di luar sana yang tidak menyokong earth hour. Seperti tahun-tahun berikutnya penjimatan yang dibuat melalui earth hour agak tinggi. mereka yang tidak sokong tu berpendapat ini adalah sesuatu yang rugi. Ramai manusia kan..banyak la ragamnya.

Pocoyo pun join Earth Hour.. hehehe
Sorry to say la..semua benda yang ada kat dunia ni ada baik buruknya. mana ada yang sempurna. So, sama jer semua perkara...
almost 9.30.. need to switch on the lights.. =)

Tuesday 15 March 2011

Di sebalik HMM

bila hati tidak bersatu,
jangan berasa gundah gulana,
jika jodoh kita ketemu,
pasti bersatu jua kita.


Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).. apa cerita disebaliknya? disebabkan aku baru lepas menonton movie tu... tahniah buat KRU studio atas penghasilan movie tersebut. Terbaik la!!! tak sangka baru ku tahu cerita Mahawangsa sebegini. Belajar sejarah sebelum ni, tapi xtahu kisah sebenarnya. Penghasilan KRU sgt menarik.sesuai untuk tontonan umum. motif sangat jelas memberi kita peluang untuk menghayati sejarah dulu. Sebagai anak KEDAH.. bangga beb!! hahahaha..

diselitkan jugak unsur "humour",so..tak ada la rasa borink macamana kita belajar sejarah. terpegun aku tengok aksi dia sampai menitis air mata. heheheh.. mostly 70% guna bahasa Inggeris. yelah sejarah pun melibatkan rantau Asia kan..takkan nak cakap bahasa Melayu 100%. lokasi tempat pulak sangat cantik. effect yang digunakan menarik. tapi, ada gak la nmpak cam effect computer. kalo dah guna CGI kan..mestilah nampak. apa-apa pun banyakkanlah penghasilan sebegini. baik untuk kesihatan. =)

HMM.. best!! aku selit jugak gambar2 yang menarik ni.
ni la merong yang boleh cakap byk bahasa.. 
ni tempat lokasi.
kemawas yang kononnya xlut dgn senjata. akhirnya tewas jugak.

Monday 14 March 2011

Peristiwa aneh seorang Nabi

Abu Laits as-Saarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mashur. Pada suatu hari dia berkata ayahnya menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada juga yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi telah bermimpi diperintahkan Allah yang berbunyi “esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat yang pertamanya adalah apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, yang kedua engkau sembunyikan, yang ketiga engkau terimalah, yang keempat jangan engkau putuskan harapan dan yang kelima larilah engkau daripadanya.”
Pada keesokan harinya nabi itupun keluar dari rumah menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapi ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan kerana yang pertama dihadapi, dia mesti memakannya. Sungguh aneh kerana mustahil baginya melaksanakan perintah tersebut.
Walaubagaimanapun dia terus berjalan menghampiri bukit tersebut. Tiba-tiba dengan kehendak Allah bukit tersebut mengecil sehingga sebesar sebuku roti. Maka nabi itupun mengambilnya lalu dimakan. Bila ditelan rasanya sungguh manis seperti madu. Dia pun mengucapkan syukur Alhamdulillah.
Nabi itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat arahan mimpinya supaya disembunyikan, lalu dia pun menggali sebuah lubang untuk menyembunyikan mangkuk emas tersebut. Walaubagaimanapun mangkuk emas tersebut terkeluar semula. Dia menanam semula dan kemudiannya mangkuk emas terkeluar lagi. Selepas tiga kali menanam nabi itu pun berkata “aku telah melaksanakan perintahMu” dan terus meninggalkan tempat itu tanpa disedari yang mangkuk emas itu terkeluar juga.
Kemudiannya dia ternampak pula seekor burung kecil yang dikejar burung helang. Burung kecil berkata “wahai nabi Allah tolonglah aku”. Mendengar rayuan burung kecil tersebut hatinya merasa simpati dan teringat perintah ketiga iaitu engkau terimalah, maka dia pun mengambil burung itu dan memasukkannya ke dalam baju.
Melihat keadaan itu burung helang pula menghampirinya dan berkata “wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak dari pagi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku untuk mendapat rezeki.”Lalu nabi tersebut teringat perintah keempat iaitu jangan putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya dia mengambil pedang dan memotong sedikit daging pahanya untuk diberikan kepada burung helang.
Setelah kejadian tersebut nabi meneruskan perjalanan sehingga terjumpa satu bangkai yang amat busuk. Dia teringat perintah kelima iaitu melarikan diri daripadanya. Lalu dia pun bergegas melarikan diri dari bangkai tersebut kerana tidak tahan dengan bau busuknya.
Setelah melalui kelima-lima peristiwa tersebut, maka kembalilah nabi ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa kepada Allah supaya menjelaskan erti kesemua peristiwa tersebut.
Melalui mimpi Allah menjelaskan bahawa yang pertama engkau makan itu adalah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar, dapat mengawal dan menahannya maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.
Yang keduanya semua amal kebaikan iaitu budi walaupun disembunyikan maka ia tetap juaga akan nampak.
Yang ketiganya jika sudah menerima amanah daripada seseorang maka janganlah kamu mengkhianati amanah tersebut.
Yang keempatnya jika seseorang meminta kepadamu maka usahakanlah untuknya demi membantu meskipun kamu sendiri berhajat.
Manakala yang kelimanya pula adalah bau busuk itu sebenarnya adalah umpatan (ghibah). Maka sekiranya kamu terjumpa mereka yang sedang berkumpul sambil mengumpat orang lain, larilah dari mereka tersebut.
Kelima-lima perkara ini sebenarnya sentiasa berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari khasnya mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa mengata orang lain itu akan mengurangkan pahala kita.
Sebuah hadis mengatakan di akhirat kelak ada seorang hamba Allah yang akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya “Ya Allah sesungguhnya pahala yang engkau berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka jawab Allah “Itu adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah disedari bahawa mengata orang itu akan merugikan diri sendiri walaupun ianya adalah perkara yang benar.

    Friday 11 March 2011

    TSUNAMI JEPUN.

    dalam kita bergembira di tanah air sendiri... kita tidak sedar, Jepun sebuah negara yang maju itu musnah sekelip mata dengan kuasa ALLAH. nauzubillah.. satu lagi amaran terhadap kita makhluk ALLAH. Sedang negara di timur tengah masih lagi dalam krisis peperangan, Jepun pula ditimba musibah.


    semoga kita semua diperkuatkan Iman mendekatkan diri kepada Nya..mengingati saat2 yang akan tiba itu.





     tengok gambar atas...tu baru sikit.. subhanaallah.

    ---> serius tak tahu ada tsunami.. tengok FB baru tau. semoga rakan2 kita disana selamat dari bahaya.. teringat plak.ada member baru pegi sana. moga selamat yer..sahabatku.. ^^

    Thursday 10 March 2011

    ini kampung ku

    permulaan baru

    saya baru sahaja "create" blog ni.. sebagai peneman dikala borink dengan FB =). i'm trying my best to use this wisely. sebagai tempat untuk mencari ilmu...hehehe.. cari ilmu? gi mana yer? hmm...

    by the way, dalam kesibukan hari ni masih sempat aku siapkan blog ni..walaupun xkemas mana. budak baru belajar kata kan. stress siapkan website memberi aku peluang buat blog gak. hohoho

    dah pukul 3.30am.. xtido lagi. sedangkan esok masih ada keja yg perlu disiapkan..wuaaaaa~..
    RELAX..RELAX...

    enjoy lah myself with this page.. ngeee~