Sunday 18 December 2011

HEART=JANTUNG

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak akhir2 ni sana sini orang cakap pasal hati dan perasaan. Penat la dengar. Keliru aku.. adesss
Hati dan perasaan ni sesuatu yang sangat susah nak digambarkan. Kalau orang lain faham apa yang kita rasa belum tentu sama apa yang kita rasa sendiri..

Sana sini orang cakap pasal cinta. "aku suka dia la.." "aku rasa cam dah tersuka dia.." "seriusly aku sangat suka dia, aku nak kawen dengan dia, tapi dia tak berminat dengan aku.." argggghh... apakah ini???

Aku pun alami benda yang sama. Tapi rasanya tak la seteruk seperti yang lain. Maybe sbb aku tak berhubungan secara mesra dengan sapa2 setakat ini. Hanya suka dari jauh. So, mungkin ini membuatkan hati aku terkawal.

Tapi untuk sahabat2 aku yang terseksa memikirkan hal ini, tolongla fikir baik2.. Susah sebenarnya nak cakap coz aku tidak berada di tempat mereka. Tapi, belajarla bertenang, belajarla bersabar, belajarla berfikir dengan sebaik2nya. Insyaallah, kalau dia jodoh kita..segalanya akan dipermudahkan. Berserahlah kepada ALLAH bukannya kepada lelaki2 tersebut..

Susah nak tafsir benda ni. Aku pun bukanlah orang baik2 yang cukup layak untuk cakap mengenai hati, perasaan dan cinta ini. Tapi sebagai seorang sahabat aku hanya mampu menasihati mana yang terbaik bagi aku. Kalau ada salah harap2 diperbetulkan dengan secepat mungkin.

semoga urusan aku dengan hal2 ini akan dipermudahkan oleh ALLAH. Insyaallah...

No comments:

Post a Comment