Wednesday 14 December 2011

Apa yang aku fikir malam ni???

Assalamualaikum.. (baru formal).. heheh

ok, apa yang aku fikir malam ni sampai aku tak mampu nak studi?? hmmmm

1. Saya terfikir akan orang2 sekeliling saya. Saya takut ada yang berkecil hati dengan diri ini. Sebagai insan yang sangat lemah saya akui benda ni. Salah dan silap memang tak dapat lari. saya berharap orang2 sekeliling mampu berkongsi segala cerita dengan diri ini agar saya tahu apa yang mereka fikirkan. Saya risau sekiranya ada yg "kata belakang". *minta simpang..
kalau ada..saya mohon ampun banyak2.

2. Saya terfikir akan tanggungjawab sebagai seorang kawan. Adakah saya seorang sahabat yang tidak memahami orang sekeliling?? Saya lari dari tanggungjawab yang orang lain sama2 pikul.. Am I selfished?? adakah saya sahabat yang baik?? kadang2 saya rasa seperti tidak berguna kepada mereka. seolah2 hadir tanpa sebab, tidak mampu berkongsi duka, tidak mampu menghadirkan suka. Saya mengharapkan mereka yang menganggap saya sebagai seorang teman, sama2lah berkongsi cerita dengan saya terutama orang yang sentiasa dekat dengan diri ini.  hmmmm..

3. Saya terfikir akan keputusan yang saya buat..adakah betul ataupun tidak keputusan itu. Takut keputusan yang dibuat akan menghampakan sahabat yang lain.. perlukah saya berkorban hari2 saya yg telah ditetapkan dengan perkara lain dengan membantu seorang sahabat?? saya terasa sangat buntu.

4. Saya terfikir akan masa2 saya yang semakin suntuk sebelum peperiksaan. Sempat ke nak mengulangkaji segala benda yang belajar semester ni dalam masa 2minggu lebih?? mampukah saya menghadapinya.  :( sedangkan saya masih terasa malas dan diganggu dengan perkara2 luar.. huhuhu

5. Saya terfikir akan kesilapan saya yang lalu yang telah menggugat keadaan hari ni. (*erkkk..menggugat??.haha).. yes, betul!! zaman saya ketika di asrama menghantui saya kembali. Terasa diri dipinggirkan kerana kesilapan dulu. Ingin saya nyatakan disini, saya bukan sombong, ego ataupun takbur, tapi saya rasa takut untuk menghadapinya. Oleh sebab itu saya berdiam diri.. huuuuuuuuu. Semoga saya dapat bertemunya kembali dan menyelesaikan keadaan yg berlarutan beberapa tahun ini. INSYAALLAH.

6. Saya terfikir akan perasaan saya. (*perasaan seorang remaja perempuan..ahaaa??).. hmm, apa yang saya nak.. mana satu pilihan yang tepat?? tersangkut sekarang dengan perasan ataupun perasaan.. secara kebetulan saya seolaha2 tersedar seperti ada orang melihat.. (*ok aku perasan. heheh) waaa~sound complicated!!! dia, dia, dia... saya seringkali curi2 pandang kalau terjumpa. saya sentiasa mohon agar iman dikuatkan dan mampu menangani situasi ini. Seorang sahabat saya sudah seperti lain. semoga perubahan dia adalah perubahan yang sebaiknya. hmmmm.. Semoga tanda tanya yang ini mampu dilupakan buat seketika sehingga saya betul2 bersedia. aminnn..


*Saya rasa inilah yang sedang bermain di fikiran saya buat masa ini. Saya mohon petunjuk dari Illahi dalam menghadapi situasi-situasi ini. Semoga dibekalkan kekuatan Iman yang kuat. Saya yakin segala ketentuan yang telah ditetapkan. Insyaallah saya redha dengan setiap kehendak yang bakal berlaku. Yang terbaik itu datangnya dari ALLAH SWT. yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri..

Saya sedar dengan kelemahan diri ini, mohon ampun banyak-banyak...

semoga perkara2 ini mampu dihadapi dengan tenang. INSYAALLAH..


Sekian dari saya.. *sambung studi =)

No comments:

Post a Comment